MAKLUMAT AM

 WAWASAN KEMAS
 
 Menjadiakan KEMAS jabatan yang unggul dan berwibawa dalam pembangunan masyarakat ke arah desa yang maju, menarik dan menguntungkan selaras dengan matlamat wawasan 2020.


MISI KEMAS

  • Memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui penggunaan dan pengurusan sumber secara optima
  • Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan anggota KEMAS dan masyarakat desa ke arah pembangunan yang seimbang
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan teknologi terkini supaya masyarakat desa bijak menguruskan sumber ke tahap yang optima

OBJEKTIF KEMAS

  • Melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya tahan dan memiliki nilai-nilai murni sehingga mampu menghadapi saingan dan cabaran bagi menjadikan kawasan Luar Bandar Maju, Menarik dan Menguntungkan.
  • Meningkatkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta memberi kemahiran 3M ( Membaca, Menulis dan Mengira ) kepada kanak-kanak ( berumur 4 – 6 tahun ) melalui Pendidikan Prasekolah ( TABIKA ).
  • Menentukan perancangan dan perlaksanaan program dan aktiviti melibatkan penyertaan menyeluruh ahli masyarakat ( peserta, ibu bapa dan pimpinan tempatan ).
  • Meningkatkan kualiti dan produktiviti kakitangan melalui kursus dan latihan dengan menggalakkan perubahan sikap dan pemakaian kaedah baru di dalam semua program dan aktiviti KEMAS.

 PIAGAM PELANGGAN AKTIVITI PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA



Pendidikan kesejahteraan keluarga menjanjikan:

1. Peserta-peserta akan dapat meningkatkan kualiti menerusi bidang kekeluargaan,kesihatan, pengurusan    sumber dan kesedaran sivik.

2. Peserta-peserta akan mahir dalam aspek pengurusan kehidupan kekeluargaan yang cekap dan berkualiti.

3. Pembelajaran yang mendorong ke arah peningkatan pendapatan peserta-peserta

4. Pengwujudan rumah sempurna di kalangan peserta-pesera.